
![]() ♥inspired by my coursematez,luv uolz♥ Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll Blog owner: miZ niSa
| BENDA WAJIB TAHU
Sunday, January 20, 2013 | 7:15 AM | 0 grizzle
hi readers, dalam seronok-seronok kita nak bercuti or bersuka ria, first thing yang kita perlu survey adakah kita dalam kategori sah untuk solat qasar dan jamak ke x. why?? sebab..Islam dah bagi kemudahan bagi kita yang nak bermusafir ni untuk kita kerjakan solat 5 waktu yang wajib ni melaui solat qasar dan jamak.okey,these da check list which is kita layak or tak untuk kerjakan solat qasar dan jamak.
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
**yang ni kena ikut tujuan percutian kita lah :)
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
**okey,jarak ni kalau dah tak boleh nak agak,silah lah tanya pak cik google, pergi jea kat google map, bukan dia bagi tau berapa kilometer jea tempat yang kita nak pergi tu, siap dengan anggaran masa lagi dia bagitau..so...easy >.<
3. Mengetahui destinasi yang dituju
**maksudnya,kita pergi ada tujuannya,tahu tempat mana nak kita pergi, bukan sebab aci redah jea
bila dah cukup syarat-syarat tu, boleh lah di apply kan time bercuti =)
kita ada dua option whether kerjakan dalam waktu jamak taqdim or jamak takhir.
OPTION 1
jamak taqdim kita akan kerjakan solat di awal waktu solat yang kita gabungkan. contohnya :
kita gabungkan solat zohor dan asar,
kita akan solat pada waktu zohor,kita gabungkan dengan solat asar sekali.
solat seperti biasa untuk dua rakaat sehingga salam.
niatnya
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu zohor 2 rakaat qasar dihimpunkan dengan solat asar jamak takdim tunai kerana Allah Taala"
setelah salam, kita teruskan pula untuk solat asar. أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى "Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dihimpunkan dengan solat zohor jamak takdim tunai kerana Allah Taala"
setelah selesai,boley lah teruskan perjalanan dengan hati yang lapang kan. tanggungjawab dah ditunaikan, tak perlu lagi untuk kita solat dalam waktu asar nanti. sebab ianya telah kita buat dalam jamak taqdim tadi kan :)
same step untuk solat maghrib dan isya. tapi solat maghrib tak boleh lah di qasarkan pulak ea..heheh
okey,ni niat nya
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dihimpunkan dengan solat isya' jamak takdim tunai kerana Allah Taala" أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu isya' 2 rakaat qasar dihimpunkan dengan solat maghrib jamak takdim tunai kerana Allah Taala"
OPTION 2
Jamak takhir pula kita akan kerjakan pada waktu terakhir. contohnya kita nak gabungkan solat zohor dan asar,so kita akan kerjakan kan solat dalam waktu asar lah kan :)
untuk solat asar dan zohor, niat nya
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dihimpunkan dengan solat zohor jamak takhir tunai kerana Allah Taala" أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu zohor 2 rakaat qasar dihimpunkan dengan solat asar jamak takhir tunai kerana Allah Taala"
untuk isya' dan maghrib pulak niat nya
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu isya' 2 rakaat qasar dihimpunkan dengan solat maghrib jamak takhir tunai kerana Allah Taala" أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dihimpunkan dengan solat isya' jamak takhir tunai kerana Allah Taala"
tapi,untuk solat subuh no more qasar or jamak pulak ea..hehe solat subuh still macam biasa :)
untuk niat pulak,Islam tu kan mudah, x perlu runsing2 sebab tak leh nak hafal yang dalam bahasa arab tu, ingat dan faham niat dalam bahasa melayu pun okey..semua nya kan berteraskan niat kan. make it easy :)
nisa nak share video time trip nisa dengan kawan-kawan ke langkawi last time. sungguh touching. check it out~
p/s : video ni agak jauh dari nisa dengan kawan,just zoom pada 2 orang mat salleh ni. kami perasan pun sebab diorang tanya arah kiblat :) abaikan convosation antara kami tu. luar topik dari video tu..hehe
selingan >> kalau dengar convosation kitaorang dalam video yang psal geram dan nak cium2 itu adalah di sebab kan ini
v
v
v
v
Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
bila dah ada kemudahan,kenapa tak kita gunakan kan?
sharing is caring..dalam kita bersuka ria moga tanggungjawab kita tak lupakan :)
jumpa lagi dalam entri lain..lots of love~
|